Home Blog FAQ Tempah

Tempahan Potrait Secara Online
Sekarang anda berpeluang merakamkan saat manis dan indah dan wajah yang menjadi idaman serta kenangan yang abadi. Jadikan hadiah harijadi yang tidak ternilai. Hanya berada dihadapan komputer, lukisan anda akan berada ditangan anda dalam masa 1 hingga 2 minggu sahaja. Jangan bimbang tentang penghantaran kerana penghantaran adalah percuma. Hiasilah diding rumah anda dengan lukisan potrait atau dijadikan image untuk kad jemputan dan sebagainya.

Serba Sedikit Latar Belakang Idham
Idham lahir di Kuala Lumpur pada 1978. Idham adalah bekas pelajar UTM Skudai dalam jurusan Integrasi Senibina. Minat melukis yang amat mendalam sejak dari kecil dan sentiasa melukis setiap hari. Disamping itu, Idham juga mempunyai sijil Teknologi Multimedia dan Animasi dari IKM Petaling Jaya. Pernah bekerja sebagai Pelukis pelan dan designer di syarikat Arkitek di Sungai Petani. Mempunyai fizikal yang unik sedikit kerana ketinggiannya hanya 149cm dan baginya itu adalah suatu kelebihan dan bukan kekurangan kerana ia adalah suatu keunikan yang membezakannya dengan orang lain menjadikan ia lebih mudah dikenali.

Contoh Lukisan Hitam Putih (pensel grafik) bersaiz A4
idham potrait online potrait online
potrait onlinepoptrait online potrait online potrait online


Contoh Lukisan Berwarna (pensel kaler) bersaiz A4


Senarai Harga Lukisan
Harga lukisan adalah berdasarkan pakej yang dikehendaki. Semua lukisan adalah bersaiz A4 tanpa frame. Akan datang saya akan buka untuk saiz A3 kerana buat masa ini saya perlu mencari 'tool' yg berkualiti dan penghantaran yang sempurna. Harap bersabar.
Saiz A4
Pakej A Pakej B
Pensel Grafik
Lukisan hitam Putih
Figure: 1 orang
saiz A4
RM45
RM30
Pensel Grafik
Lukisan hitam Putih
Figure: 2 atau 3 orang
saiz A4
RM55
RM35
Pakej C Pakej D
Pensel Grafik
Lukisan hitam Putih
Figure: 4 atau 5 orang
saiz A4
RM65
RM40
Pensel Warna
Lukisan Berwarna
Figure: 1 orang
saiz A4
RM65
RM40
Pakej E Pakej F
Pensel Warna
Lukisan Berwarna
Figure: 2 atau 3 orang
saiz A4
RM72
RM45
Pensel Warna
Lukisan Berwarna
Figure: 4 atau 5 orang
saiz A4
RM79
RM50
*Jika gambar beramai-ramai, figure maksimum adalah sebanyak 5 orang sahaja. 

Jangan Bayar Dahulu
Sila hantar foto dahulu, setelah lukisan siap, saya akan tunjukkan hasilnya di email. setelah anda berpuas hati baru melakukan pembayaran. Saya akan bertanggungjawap terhadap hasil lukisan saya dan anda berhak memilih untuk membayar atau tidak.

Kaedah Penghantaran
Penghantaran adalah PERCUMA. Buat masa ini bagi saiz A4, penghantaran menggunakan khidmat pos ekspres. Anda dinasihatkan memberi alamat yang lengkap dan penerima tidak perlu sain pos tersebut, oleh itu pastikan anda beri alamat tempat bekerja jika tiada di rumah pada waktu siang. Ini bagi memastikan lukisan tersebut selamat sampai ke tangan anda.

Cara Menghantar Gambar
Anda boleh menghantar gambar menerusi email sahaja, klik butang attach dan browse fail yang mengandungi gambar tersebut. Jika gambar tersebut diambil daripada handphone, pastikan ia benar-benar berkualiti kerana saya tidak akan menerima gambar yang kabur. Jangan menghantar gambar yang terlalu kecil.  Anda juga boleh menggabungkan dua gambar menjadi satu. Sila nyatakan kepada saya semasa membuat tempahan tetapi biarlah gambar yang sesuai dari segi saiznya dan posingnya.

langkah-langkah Melakukan Tempahan
Mudah sahaja.
1.Hantar foto, no hp dan alamat melalui email dan tunggu.
2.Apabila lukisan siap mesej akan dihantar.
3.Kemudian lakukan pembayaran.
4.Lukisan sampai kerumah!

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh email terus ke alamat email idham: idhampotrait@gmail [dot] com atau dengan menghantar SMS ke 012 4609385. 

Berapa Lama Boleh Siap?
Saya melukis setiap hari. Saya biasanya mengambil masa selewat-lewatnya seminggu atau dua minggu. Kebiasannya penempah tidak sabar menunggu lukisan mereka jadi saya memberi jaminan potrait anda akan siap selewatnya dua minggu jika lebih dari itu adalah mungkin atas luar jangkaan saya atau masalah yang tidak dapat dielakkan. Jika terlalu lama boleh menghubungi saya. Saya akan menutup tempahan jika didapati terlalu banyak lukisan yang tertangguh. 

Apa Kata Mereka...
Berikut adalah beberapa testimonial daripada pelanggan saya

azrul "Secara Amnya apabila saya melihat hasil kerja saudara saya cukup tertarik dengan seninya yang halus. Dalam soal lukisan jika seseorang itu melukis melalui hatinya maka yang memandang lukisan akan mentafsirkannya jua dengan hati.Kerana lukisan itu adalah gambaran hati dan cermin jiwa pelukis. Namun dalam bentuk potret saya suka sentuhan saudara Idham dengan setiap lakaran mata yang selalu membawa pelbagai erti.Saya berharap saudara Idham meneruskan karya seni anda tanpa rasa jemu untuk terus memajukan lakaran halus sentuhan jari jemari saudara."

En. Azrul Zulkifli
Bandar Baru Darulaman
Jitra, kedah
"Melalui Idhampotrait.com keluarga saya kini lebih mudah untuk menempah potrait. harganya juga lebih berpatutan dari mana-mana pelukis potret yang saya tempah.

Perghhh... pertama kali melihat hasil lukisan yang ditempah, saya dan ibu saya betul-betul teruja dengan hasilnya"

Marzuki Jalil
Dungun , Terengganu
"Saya Fauzi dan isteri saya Najmi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan ingin memberi penghargaan kepada saudara kerana berjaya menyiapkan lukisan kami dengan begitu menarik. Kami berdua amat berpuashati di atas hasil kerja saudara. Nilai kerja itu boleh di naikan lagi kepada RM30 atau RM35.00. Sebelum ini kat Central Market KL, lukisan yang saya buat kurang menarik walaupun harga RM50.00 untuk seorang, tetapi apabila anda lukis kami berpuas hati."

En. Fauzi & Najmi
Kangar, Perlis
http://cpintrass.com
"Potrait lukisan yang cantik dan mudah dimiliki.
Sesungguhnya IdhamPotrait mempunyai bakat yang boleh dikomersialkan.
Terima kasih, IdhamPotrait."
Ikhlas dari Nurul.

Nurul Hayati
Kuala Lumpur


button tempahan
Peringatan: Tempahan adalah terhad. Hanya dibuka untuk tempahan terawal sahaja. Akan ditutup bila-bila masa.